Madrasah Nurul Islah atau lebih dikenali dengan Pondok Ustaz Bakar Parit Panjang diasaskan oleh Almarhum Tuan Guru Hj Bakar Bin Taib pada tahun 1968M. Madrasah ini didirikan diatas sebidang tanah yang diwaqafkan oleh beberapa individu sekitar kampung Parit Panjang. Terbinanya Madrasah ini diatas saranan Almarhum Ayahanda Tuan Guru Hj Omar Zuhdi (dikenali dengan Pondok Lanai) yang merupakan bapa mertua beliau dengan hasrat untuk menyampaikan dan meneruskan dakwah kepada segenap lapisan masyarakat.
Tuan Guru Haji Abu Bakar Wara' ( 1929 - 2007 )
Nama sebenar beliau ini ialah Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Haji Taib dan beliau dilahirkan di Kampung Ekor Lubuk , Sidam Kanan , Padang Serai , Kedah. Ayahanda beliau Tuan Guru Haji Taib Bin Ismail seorang yang berpegang kuat pada agama dan berketurunan Tunku Mat Saman yang merupakan seorang raja yang mengundurkan diri dari Patani, Istana Kampung Pujud, Pokok Jambu, Patani, Selatan Thailand.
Beliau merupakan anak murid dan menantu kepada Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Pondok Lanai. Tuan Guru juga pernah belajar di Pondok Penanti .
Diantara anak murid beliau ialah :
1.Tuan Guru Haji Tahir - Hutan Gelam Tualang
2. Tuan Guru Pak Ngah Jusoh - Kulim
3. Tuan Guru Haji Maarif - Kelawai
4. Tuan Guru Pak Teh Mat - Mahang
5. Tuan Guru Haji Kadir - Guar Kepayang
6. Tuan Guru Haji Halim Tahir - Tualang
Beliau meninggal dunia ketika berusia 78 tahun .